Latest episode
12. Pemain Baru, Mentaliti Baru, Musim Baru
01:00:39||Season 2, Ep. 12Musim 2023/24 sudah berlangsung! Dengarkan topik-topik berkenaan pemain baru yang dibawa masuk & rumusan perlawanan pra-musim sebelum masuk ke perlawanan Bundesliga, DFB Pokal & UEFA Liga Juara-Juara.Ikuti media sosial kami:InstagramTwitterFacebookTikTokYouTube
More episodes
View all episodes
11. ...Tetapi Sebelah Tangan Tidak Dapat Menjulang Trofi Bundesliga | Borussia Dortmund lwn 1. FSV Mainz 05
01:10:27||Season 1, Ep. 11Bolasepak kadang-kadang sangat kejam; pemain-pemain kita sudah memberikan yang terbaik, tetapi tuah tidak memihak pada kita. Seperti biasa, Yudhisthira & Zahin akan cuba untuk merungkaikan apa yang terjadi pada perlawanan akhir Bundesliga 2022/23 dimana kita hampir mendapatkan trofi Bundesliga setelah sedekad menunggu.Ikuti media sosial kami:InstagramTwitterFacebookTikTokYouTube10. Sebelah Tangan Sudah Memegang Trofi Bundesliga... | FC Augsburg lwn Borussia Dortmund
58:29||Season 1, Ep. 10Kita hampir dapat merasa kemanisan trofi Bundesliga; tinggal satu sahaja lagi perlawanan yang perlu diselesaikan oleh Borussia Dortmund! Dalam episod ini Yudhisthira & Zahin bercakap tentang progres pemain kita sejak awal musim hingga ke perlawanan menentang FC Augsburg baru-baru ini. Perlawanan menentang FSV Mainz 05 juga ada dibincangkan sebagai persediaan perlawanan akhir Bundesliga 2022/23.Ikuti media sosial kami:InstagramTwitterFacebookTikTokYouTube9. Sebastien Haller Sudah Tiba Di Benteng Kuning | Borussia Dortmund lwn Borussia Mönchengladbach
56:00||Season 1, Ep. 9Akhirnya, waktu yang kita nanti-nantikan sebelum ini telahpun tiba; Sébastien Haller meledakkan 2 gol berbisa untuk Borussia Dortmund! Dalam episod ini, Yudhisthira & Zahin membincangkan kemenangan 5-2 menentang Borussia Mönchengladbach serta beberapa lagi isu taktikal yang masih lagi perlu diselesaikan oleh Edin Terzić untuk dapatkan 6 mata penuh sebelum berakhir Bundesliga musim 2022/23.Ikuti media sosial kami:InstagramTwitterFacebookTikTokYouTube8. Respon Yang Baik Selepas Perlawanan Yang Menghampakan | Borussia Dortmund lwn VfL Wolfsburg
56:13||Season 1, Ep. 86 gol, 3 mata, 0 bolos; Borussia Dortmund masih berusaha untuk mengejar takhta Bundesliga! Pada episod kali ini, Yudhisthira & Zahin berbincang topik semangat sepasukan, respon BVB selepas perlawanan menentang VfL Bochum, khabar angin Jude Bellingham, dan lebih lagi.Ikuti media sosial kami:InstagramTwitterFacebookTikTokYouTube7. Harapan Menjulang Trofi Bundesliga Tersekat | VfL Bochum 1848 lwn Borussia Dortmund
54:22||Season 1, Ep. 7MOHON MAAF ATAS KUALITI AUDIO YANG TIDAK MEMUASKAN DARI ZAHINHarapan kita untuk melihat BVB mengangkat trofi Bundesliga setelah sekian lama tersekat buat sementara waktu. Adakah disebabkan prestasi perlawanan pemain kita? Adakah tuah sangat penting dalam perlawanan bolasepak? Atau, adakah mutu pengadilan bolasepak boleh menjejaskan keputusan perlawanan? Dengarkan ulasan dari Yudhisthira & Zahin dalam episod yang sentuh tentang perlawanan menentang VfL Bochum baru-baru ini.Ikuti media sosial kami:InstagramTwitterFacebookTikTokYouTube6. BVB BERADA DI PUNCAK BUNDESLIGA! | Borussia Dortmund lwn Eintracht Frankfurt
01:02:55||Season 1, Ep. 6Minggu yang sangat baik buat penyokong Borussia Dortmund; kemenangan 4-0 atas Eintracht Frankfurt, Bayern Munich tergelincir ke tempat ke-2. Bolehkah BVB kekalkan momentum ini? Perlukah kita simpan Marco Reus dalam skuad kita? Apa yang terjadi dengan Giovanni Reyna? Semua soalan ini dibincangkan oleh Yudhisthira & Zahin pada episod ini!Ikuti media sosial kami:InstagramTwitterFacebookTikTokYouTube